Jeneral Barak Terima Kementerian Pertahanan Secara Rasmi.


Sabtu, 23/06/07 –Bekas perdana menteri Israel, Jeneral Ehud Barak hari ini memulakan tugasnya yang baru sebagai Menteri Pertahanan Israel dalam rombakan dari kabinet. Barak mengangkat sumpah malam semalam selepas menang dengan mendapat 46 undian di kalangan angota Knesset.

Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert telah melantik Barak bagi menggantikan Amer Beretz, tiga hari selepas Barak dipilih sebagai presiden parti buruh Israel, sekutu utama bagi parti gabungan Olmert.
Beretz sekadar menjawat anggota Knesset selepas beliau menolak untuk kekal sebagai menteri tanpa potfolio di dalam kerajaan Olmert yang memmipin Parti Kadima.

Barak, bekas ketua tentera sengaja memilih untuk kembali menerajui Parti Buruh kerana kecewa terhadap corak pimpinan parti yang dipimpin oleh Olmert dan Beretz yang mana kedua-duanya kurang pengalaman dalam ketenteraan semasa perang Lubnan pada tahun lepas.

Barak dipilih sebagai Perdana Menteri pada tahun 1999, namun melatak jawatan pada penghujung than 2000 berikutan gagal mengekang penentangan oleh rakyat Palestin.

Barak kalah dalam pilihanraya 2001 kepada Ariel Sharon yang kemudiannya diganti oleh Olmert pada 2006 selepas beliau koma disebabkan pembekuan darah di dalam otak.

Barak adalah salah seorang anggota tentera khas yang berjaya memboloskan diri ke dalam pesawat Baljikia yang diculik pada tahun 1972.