Haniya : Penduduk Kristian Palestin Perlu Mempertahankan Bumi Palestin.


Jumaat, 29/06/07 –Ismail Haneyya, Perdana Menteri Kerajaan Sementara Palestin telah memberi jaminan perlindungan penuh kepada penduduk Kristian Palestin di Gaza dan menyatakan orang-orang Kristian Palestin adalah sebahagian struktur sosial penduduk Palestin yang tulen. Pengesahan Haneyya hadir semasa beliau menerima kunjungan Manuel Musallam, paderi Gereja Latin Semenanjung Gaza di pejabatnya dan menekankan kepentingan peranan penduduk Kristian Palestin dalam mempertahankan isu penduduk Palestin.

“Anda tidak berada dalam bahaya… anda selamat hidup bersama harta anda dan anda adalah sebahagian daripada kami dan kami adalah sebahagian daripada anda dan kita akan terus bersama dalam satu barisan pembebasan sehingga kita membebaskan Baitulmuqaddis daripada pencerobohan”, kata Haneyya sewaktu bersemuka dengan orang Kristian Palestin dalam mesyuarat bersama Musallam. Beliau juga berikrar untuk tidak membenarkan sesiapa mengganggu penduduk Kristian Palestin dan mengatakan “Hak-hak orang-orang Kristian adalah dijamin oleh undang-undang dan kita mesti berlaku adil terhadap hak-hak dan tugas-tugas di negara kita”.

Tambahan pula, Haneyya berjanji kepada Musallam untuk mendakwa mereka yang memsnahkan sebahagian binaan gereja dan sebuah sekolah Kristian di Gaza setelah Hamas berjaya mengawal sekitar kawasan di Semenanjung Gaza. Musallam berterima kasih kepada Haneyya atas persetujuan itu dan mengesahkan, “Kehadiran kami orang-orang Kristian di Palestin merupakan satu daripada isu dalm Islam, menyebabkan orang Islam mahu untuk melindungi kami”. Beliau juga menggariskan penduduk Kristian di Palestin adalah sebahagian penduduk yang tidak dapat dipisahkan daripada warga Palestin dan mengatakan, “Tiada perbezaan antara kami sama sekali”.

Tambahan pula, Musallam menganggap serangan ke atas gereja sebagai satu percubaan untuk melagakan di antara orang Islam dan orang-orang Kristian di Palestin. “Kita mengetahui saudara-saudara kita di pihak Islam tidak ada sangkut-pautnya dengan serangan itu dan kita juga tahu bahawa serangan telah dijalankan oleh sekumpulan manusia fanatik yang mesti didakwa”, sebut Musallam.

Pergerakan Hamas masih mengekalkan hubungan yang erat dengan orang-orang Kristian di Palestin sepertimana terbukti dengan kemasukan MP Hussam Al-Taweel, yang merupakan seorang penganut Kristian dalam senarai calon-calonnya semasa pilihan raya perundangan Palestin tahun lepas. Taweel memenangi kerusi dalam pilihan raya itu. Orang-orang Kristian di bandar raya Gaza juga memberikan tempat bersembunyi untuk tokoh dan panglima Hamas terkemuka iaitu Sheikh Salah Shehada sebelum dibunuh oleh Israel pada tahun 2002.