
Jumaat, 29/06/07 –Ayman Taha, salah seorang daripada pemimpin politik Hamas di Tebing Gaza telah menafikan laporan media yang menyatakan Pergerakannya bersedia untuk menerima pembentukan kerajaan campuran baru yang diketuai oleh pemimpin bebas sebagai jalan keluar kepada krisis politik yang dihadapi oleh rakyat Palestin sekarang.
Beliau berkata, Hamas tidak pernah merancang untuk mengumumkan inisiatif baru, dan menegaskan pihak Hamas masih berpendirian dengan kerajaan campuran nasional. Buliau menambah, Pergerakannya berurusan dengan kerajaan sementara dimana Ismail Haneyya sebagai Perdana Menteri yang sah menurut undang-undang PA.
Menurut laporan media yang kononya maklumatnya diambil daripada sumber yang paling hampir dengan Hamas yang menyatakan Pergerakan itu telah bersedia untuk menerima kerajaan baru yang dibentuk daripada kumpulan bebas untuk mengakhiri kemelut politik di arena Palestin.
Taha menjelaskan, “Kami masih percaya kerajaan campuran nasional merupakan jalan keluarâ€, dan menambah dialog itu adalah jalan untuk mencapai penyelesaian atas dasar reformasi kepada kerajaan campuran dan sepuluh perkara yang diisytiharkan oleh Haneyya dalam ucapannya yang terkini.
Bagi pihak pemimpin Hamas, mereka mengalu-alukan seruan daripada Presiden Mesir, Hosni Mubarak yang meminta diadakan dialog ‘inter-Palestin’, dan menambah Pergerakan mereka bersedia untuk berdialog tanpa sebarang syarat yang dikenakan.
Walau bagaimanapun, Taha menegaskan pihak Hamas tidak akan berunding bersama ‘pembunuh’, dan menambah ‘pembunuh dan penderhaka’ mesti diketepikan.