Alan Johnston Akhirnya Bebas !


Khamis, 05/07/07 –
David Miliband, Setiausaha Luar British, pada hari Rabu (4/7/07) menghargai peranan Hamas dan Ismail Haneyya, Perdana Kerajaan Sementara PA, dalam usaha membebaskan Alan Johnston, wartawan BBC selepas empat bulan dalam tawanan.

Miliband, dalam satu kenyataan rasmi, berkata bahawa beliau gembira dengan pembebasan Johnston dan seluruh dunia yang menyokong beliau terutama di kalangan penduduk Palestin yang menyatakan kekecewaan atas penculikannya.

Johnston dan keluarganya mengucapkan terima kasih kepada Haneyya dan pegerakan Hamas dalam kerana berperanan membebaskan beliau.

Pembebasan Johnson telah melenyapkan tuduhan palsu oleh Yasser Abed Rabbo, penasihat Abbas bahawa Hamas bertanggungjawab atas penculikan Alan Johnston.