Olmert Enggan Berbincang Dengan Hamas Berhubung Shalit.


Khamis, 05/07/07 –Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert enggan berunding dengan Hamas bagi membebaskan tentera yang diculik, Jilad Shalit yang mana Briged Al Qassam dari Hamas telah menyiarkan rakaman suara.

Olmert berkata dalam kenyataan kepada pemberita sebelum bertolak ke Sharm Sheikh bahawa “pita rakaman itu sebagai satu bukti tambahan terhadap kebuasan Hamas.”

Elli Yushai, Timbalan Perdana Menteri Israel pernah menggesa supaya rundingan dengan Hamas diadakan berhubung pertukaran tahanan bagi membebaskan tentera.

Dalam pada itu, jurucakap Hamas, Fauzi Barhum mengumumkan bahawa pertubuhan itu masih lagi menyokong isu untuk berunding mengenai tentera tersebut. Beliau menambah dalam kenyataan kepada agensi berita Perancis bahawa “isu Shalit ini sentiasa mendapat perhatian daripada Mesir bagi menyokong rundingan pertukaran.”