Hamas Sedia Berbincang Selepas Gesaan Mubarak.


Khamis, 05/07/07 –
Perdana Menteri Palestin yang dipecat, Ismail Haniyeh mengumumkan semalam bahawa beliau mengalu-alukan seruan Presiden Mesir, Hosni Mubarak terhadap rundingan isu dalaman Palestin. Beliau menjelaskan bahawa Hamas bersedia untuk memulakan “rundingan kebangsaan”.

Dalam satu kenyataan, Haniyeh berkata, beliau “mengalu-alukan seruan Hosni Mubarak bagi memulakan rundingan dalaman Palestin” sambil menjelaskan bahawa pertubuhan Hamas “bersedia untuk memulakan rundingan kebangsaan”.

Dalam pada itu, Sami Abu Zuhri, jurucakap Hamas berkata bahawa pertubuhannya menghargai seruan Presiden Mubarak untuk rundingan dalaman Palestin itu. Tambahnya, “kami harap seruan ini mendapat maklum balas daripada Abu Mazin (Presiden Mahmoud Abbas). Jika tidak, maka menolak seruan itu bererti isu itu akan berlarutan”.

Jurucakap Hamas mengutuk sidang kemuncak empat penjuru di Sharm Sheikh dengan berkata, ia “tidak ada yang baru melainkan beberapa janji kosong”. Satu-satunya orang yang paling beruntung adalah Perdana Menteri Israel. Beliau menyifatkan ucapan Abbas sebagai “lemah kerana beliau mengenepikan pejuang dan melabelkan mereka dengan nama membanteras keganasan. Beliau (Abbas) hanya mengungkapkan pendirian dirinya sendiri kerana rakyat Palestin perlu penyertaan daripada pejuang.”