Abbas Larang Angkat Senjata.


Khamis, 05/07/07 –
Presiden Palestin, Mahmoud Abbas telah mengeluarkan perintah melarang mengangkat senjata yang tidak dibenarkan bagi menamatkan fenomena semua kumpulan bersenjata, mengharamkan kumpulan militant, penubuhan pasukan tentera atau separa tentera di Palestin.

Ia berlaku berikutan Perdana Menteri kerajaan sementara, Sallam Fayyadh mengulangi keengganannya untuk berunding dengan Hamas yang menguasai Ghaza kecuali jika Hamas mengiktiraf kerajaannya.

Fayyadh menegaskan bahawa permintaan itu “adalah sebahagian daripada prinsip asasi yang perlu diterima oleh semua supaya mudah untuk mengambil tindakan yang berhasil. Pertama sekali, Hamas perlu mengenepikan semua dakwaan yang mengatakan pertubuhannya masih lagi sah sebagai satu organisasi di Ghaza. Kedua, perlu mengiktiraf urusan perlembagaan yang diambil oleh Mahmoud Abbas”.

Kenyataan itu dikeluarkan berikutan perdana menteri yag dipecat, Ismail Haniyeh mengalu-alukan seruan Presiden Mesir, Hosni Mubarak supaya membuka semula pintu rundingan dengan Fatah.

Dalam pada itu, delegasi suruhanjaya empat penjuru di Timur Tengah telah mengakhiri mesyuarat mereka di Baitul Maqdis tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan.