
Khamis, 05/07/07 –Penyelaras Bantuan Kesatuan Eropah, Luiose Michele menggesa Israel supaya membuka pintu sempadan utama dengan Ghaza bagi membenarkan kemasukan saluran bantuan asasi kepada 1.5 juta rakyat Palestin yang tinggal di Ghaza.
Michele memberi amaran kemungkinan Ghaza akan bertukar kepada tembok pertahanan yang mana penduduk awam terkepung dan tidak dapat menerima keperluan asasi mereka. Beliau juga menegaskan bahawa saluran bantuan kemanusiaan adalah tidak berpihak ke mana-mana dan tidak memberikan keistimewaan kepada mana-mana pihak ataupun tidak memberikan apa-apa bentuk pengiktirafan politik.
Penyelaras Bantuan Kesatuan Eropah itu menambah, saluran bantuan dan kewangan Eropah bernilai kira-kira 30 juta Euro telah siap.
Dalam pada itu, penduduk Israel menggesa supaya rundingan dengan Hamas dijalankan bagi membebaskan tentera Israel yang diculik, Jilad Shalit