
Khamis, 05/07/07 –Sumber politik Israel menjangkakan bahawa keputusan laporan terakhir bagi hasil siasatan suruhanjaya terhadap cara mengemudi peperangan Lubnan pada tahun lepas akan lewat sehingga Oktober, iaitu dua bulan daripada tarikh yang dijangkakan. Suruhanjaya itu telah menyatakan Perdana Menteri Ehud Olmert serta menteri pertahanannya ketika itu, bertanggungjawab terhadap kegagalan perang tersebut.
Kelewatan itu memberi ruang kepada kerajaan campuran Olmert yang mana sekutu rapatnya, ketua Parti Buruh, Ehud Barak berjanji untuk menarik diri daripada bersekutu selagi Perdana Menteri Ehud Olmert tidak mengemukakan perletakan jawatan sebelum laporan terakhir suruhanjaya Finograd dikeluarkan.
Laporan awal yang dikeluarkan oleh suruhanjaya tersebut pada 30 April lalu telah mengkritik Perdana Menteri Ehud Olmert serta Menteri Pertahanan pada waktu itu, Amer Beretz di sebabkan oleh kegagalan dalam peperangan itu, namun ia tidak sampai kepada tuntutan untuk meletak jawatan.
Penganalisis politik menjangkakan bahawa laporan akhir yang dijangkakan akan dikeluarkan menjelang Ogos nanti mungkin tidak boleh dosoapkan sebelum perayaan besar Yahudi yang bermula pada 12 September. Kemudian laporan tersebut dikeluarkan sehingga perayaan tersebut berkakhir pada lima Oktober ini.