Fayyad Tuduh Israel Cuba Menumbangkannya.


Khamis, 05/07/07 –

Kerajaan sementara Palestin menuduh Israel cuba menumbangkannya, berlainan dengan apa yang perlu dipatuhi oleh Perdana Menteri Israel dalam persidangan Sharm Sheikh pada Isnin lalu.

Perdana Menteri Palestin, Salam Fayyadh berkata bahawa apa yang dilakukan oleh tentera Israel seperti menahan, menggeledah dan menjalankan operasi tentera di beberapa tempat di Tebing Barat bertujuan untuk memusnahkan usaha kerajaan yang baru untuk mengekalkan keselematan.

Fayyadh yang menerajui kerajaan selepas Hamas menguasai Ghaza, mengutuk tindakan jahat Israel yang berterusan di Nablus, sehari selepas operasi tersebut dilaksanakan di Semenanjung Ghaza.

Fayyadh menambah bahawa antara rancangan jahat Israel adalah menggagalkan apa yang diusahakan oleh kerajaan Palestin bagi menamatkan keadaan aman di Palestin.