Abbas Dituntut Letak Jawatan.


Khamis, 05/07/07 –
Pertubuhan Rakyat Pembebasan Palestin menuntut Presiden Mahmoud Abbas supaya meletak jawatan sebagai presiden kerajaan dan juga pertubuhan Fatah bagi melaksanakan pilihanraya yang disifatkan sebagai serius dan benar.

Pertubuhan itu menuduh Presiden Abbas bertukar kepada pihak taksub Fatah bagi satu aliran di dalam Pertubuhan Fatah. Ia memberi alasan kepada Israel dan Amerika Syarikat untuk meneruskan sekatan terhadap rakyat Palestin dengan keputusannya melucutkan senjata briged Palestin.

Presiden Abbas dijangkakan akan melawat Paris esok, Jumaat bagi memastikan sokongan terhadap kerajaannya yang diminta untuk ditubuhkan selepas insiden di Ghaza.