
Jumaat, 06/07/07 –Presiden Israel, Mosheh Kitsaf telah mengemukakan perletakan jawatan setelah mendapat persetujuan daripadanya berhubung dakwaan terhadapnya mengenai isu akhlak bagi mengelakkannya daripada dimasukkan penjara.
Menurut jurucakapnya, Kitsaf telah menyerahkan surat perletakannya kepada ketua Knesset.
Pendakwa am Israel, Manahim Mazuz telah mengumumkan semalam bahawa persrtujuan telah dicapai berhubung dakwaan yang dilemparkan kepadanya.
Tambah beliau, persetujuan tersebut telah menggugurkan pertuduhan rogol ke atasnya selepas beliau mengaku tuduhan seks serta beberapa tingkah laku akhlak yang buruk terhadap dua pegawai perempuan yang boleh mengheretnya ke penjara.
Tempoh pemerintahan Kitsaf yang dipilih pada tahun 13 Julai 2000 secara rasmi. Namun, parlimen telah memilih Shemon Perez (83 tahun) menggantikan jawatannya.