Haniyah Sahkan Kediaman Arafat Selamat.


Jumaat, 06/07/07 –
Perdana Menteri Palestin yang dipecat, Ismail Haniyeh hari ini mengawasi kediaman bekas presiden Palestin yang telah kembali ke rahmatullah, Yaser Arafat, di Ghaza. Beliau menghubungi isterinya sambil menegaskan bahawa peralatan rumah tersebut tidak disentuh ketika pertempuran berlaku baru-baru ini antara Hamas dan Fatah.

Haniyeh berkata kepada pemberita di hadapan kediaman tersebut, “lawatan kami ke rumah tuan bekas presiden ini adalah untuk memastikan kediaman ini selamat dan ia tidak diapa-apakan yang mana rumah, perabot dan perkakas milik presiden berada dalam keadaan asal. Tidak ada yang rosak.”

Haniyeh yang ditemani oleh kenamaan dari kerajaannya yang dibubarkan menambah,” saya sangat berpuas hati terhadap kediaman tersebut. Jiran-jirannya memeliharanya kerana mereka amanah’.

Beliau menegaskan akan terus mengikut jejak ketuanya yang telah meninggal dunia, iaitu pengasas Pertubuhan Hamas, Syeikh Ahmad Yasin yang dapat menjaga perpaduan rakyat Palestin.