![]()
Jumaat, 06/07/07 –
Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert berkata bahawa Israel akan terus bertindak balas terhadap mereka yang disifatkan sebagai pelampau. Beliau menegaskan bahawa kerajaannya akan terus bekerjasama dengan kerajaan sementara Palestin.
Dalam mesyuarat mingguan, beliau menambah, pendirian kerajaan Palestin membuka pintu kerjasama antara kedua-dua pihak selepas tertutup pada waktu dahulu.
Ketika para pemerhati menyifatkan tindakan itu yang menyokong Presiden Palestin Mahmoud Abbas, kerajaan Palestin telah menerima pulangan hasil cukai serta kastam yang dibekukan oleh Israel Ahad lalu.
Menteri Tahanan dan Belia kerajaan sementara Palestin, Adyraf Al Ijrimi mengesahkan bahawa kerajaan telah menerima sejumlah 118 juta dolar Amerika. Tambah beliau, Israel telah berjanji untuk memindahkannya setiap bulan kepada kementerian kewangan secara terus jumlah cukai yang tertangguh yang tidak ditetapkan lagi, di samping jumlah wang yang sepatutnya.
Menteri tersebut menjelaskan bahawa jumlah itu akan dibelanjakan untuk membayar gaji pegawai-pegawai, perbelanjaan-perbelanjaan lain serta melunaskan hutang kerajaan. Seorang pegawai tinggi Palestin berkata kepada agensi berita Perancis bahawa Israel akan memindahkan sejumlah 50-60 juta dolar.