
Jumaat, 06/07/07 –
Akhbar Israel, “Maarif†berkata bahawa tentera Israel akan mengadakan siri latihan perang secara besar-besaran di Bukit Golan yang dijajahinya tidak lama lagi. Kerajaan Israel telah memakluimkan kepada Damsyik tentang perkara tersebut melalui pihak ketiga.
Menjawab soalan agensi berita Perancis, tentera Israel dan kementerian pertahanan di Tel Aviv tidak mengesahkan lagi berita tersebut, namun kedua-duanya tidak menafiaknnya.
Akhbar “Maarif†telah menyebut dalam berita terperinci bahawa “sebilangan besar tentera Israel akan berlatih di utara dalam tempoh beberapa minggu akan datang dalam persediaan untuk berperang dengan Syriaâ€.
Ia menambah, sepucuk surat telah dihantar ke Dalsyik bagi memaklumkannya bahawa latihan perang ini semata-mara untuk tujuan pertahanan.
Sumber tersebut juga menjelaskan, latihan perang itu “bertujuan untuk melatih tentera dan membuat kesimpulan dari peperangan yang dicetuskan pada tahun lepas menentang Hizbullah di Lubnanâ€.