Presiden Palestin Pecat Hani Al Hassan.


Jumaat, 06/07/07 –Wartawan Aljazeera di Palestin malaporkan bahawa Presiden Palestin, Mahmoud Abbas telah mengeluarkan perintah memecat anggota Suruhanjaya Pusat Fatah, Hani Al Hassan dari jawatan Penasihat Tertinggi bagi Presiden Palestin.

Pemecatan Hassan itu dilakukan setelah beliau mengeluarkan kenyataan mengutuk parti dalam Fatah dengan mengatakan ia menjalankan misi di bawah perancangan Amerika. Parti itu juga dikatakan terlibat di dalam insiden Ghaza. Beliau menjelaskan, pertubuhan itu tidak menyertai dalam pertempuran.

Berikutan kenyataan tersebut, pemimpin dan pegawai Pertubuhan Fatah telah mengutuk Al Hassan. Mereka meminta Presiden Palestin supaya memecat dari jawatannya serta diadili. Demikian menurut apa yang dinyatakan di dalam kenyataannya yang mereka sifatkannya sebagai berbahaya.

Jurucakap pertubuhan Fatah, Ahmas Abdul Rahman telah mengeluarkan kenyataan, menegaskan bahawa apa yang dikatakan oleh Al Hassan kepada Aljazeera merupakan jalan keluar kepada keputusan suruhanjaya pusat dalam menghadapi apa yang dinamakan sebagai penggulingan kuasa berdarah yang dilakukan Hamas terhadap perlembagaan kebangsaan.