Olmert Bebaskan Tahanan Penjara Rakyat Jordan.


Jumaat, 06/07/07 –Akhbar Israel membicarakan tentang pembebasan tahanan penjara rakyat Jordan oleh Olmert. Akhbar Arutz Shifa berkata, Perdana Menteri Ehud Olmert telah membebaskan empat tahanan penjara rakyat Jordan dan menghantar pulang ke Jordan.

Kabinet Israel telah bersetuju dalam mesyuarat mingguannya untui membebaskan empat tahanan penjara tersebut yang telah mejalani hukuman sepanjang hidup keranan membunuh dua tentera Israel di Lembah Jordan pada tahun 1990.

Akhbar tersebut berkata, Olmert mendapat jaminan daripada Raja Abdullah bahawa tahanan itu akan dipindahkan ke penjara Jordan bagi menjalani baki hukuman. Beliau tidak akan membebaskannya sebelum tempoh yang ditetap tamat.

Akhbar itu juga menyatakan bahawa beberapa ahli keluarga tentera Israel tersebut telah mengemukakan aduan kepada Mahkamah Tinggi berhubung pemindahan tahanan penjara rakyat Jordan itu kerana menyangka mereka dibebaskan selepas dua atau tiga bulan pemindahan mereka.