
Jumaat, 06/07/07 –
Briged Palestin menolak Perjanjian Mesir-Israel yang membenarkan pintu laluan masuk sempadan Karam Abu Salim, di tenggara Ghaza bagi pintu masuk kepada rakyat Palestin yang pulang ke semenanjung itu sebagi menggantikan pintu sempadan Rafah.
Hamas menyifatkan tindakan tersebut adalah lanjutan poltik Israel bagi mengepung rakyat Palestin. Sementara Fatah pula menganggap ia sebagai memberi peluang semula kepada Israel untuk memerintah rakyat Palestin di Ghaza.
Pertubuhan Jihad pula berkata, ia akan berurusan dengan pintu masuk tersebut seperti kawasan penceroboh Israel. Pertubuhan ini menggesa pemimpin Mesir supaya berusaha sedaya upaya bagi menamatkan penderitaan rakyat Palestin.
Satu kenyataan oleh kerajaan Palestin yang dibubarkan menegaskan bahawa sebarang laluan orang yang bermusafir dari pintu masuk Rafah ke pintu masuk Karam Abu Salim dikira sebagai berbahaya kepada rakyat Palestin di bumi mereka sendiri serta memmperkukuhkan lagi pengepungan Israel.â€