
Jumaat, 06/07/07 –
Seorang tahanan Palestin yang dibebaskan oleh pihak berkuasa penceroboh Israel mengatakan bahawa para tahanan berada di dalam keadaan yang sangat membimbangkan berikutan pentadbiran penjara melaksanakan pengasingan tahanan Fatah dan Hamas meskipun mereka menolak tindakan tersebut.
Tahanan yang yang dibebaskan itu, Musa Amru telah ditemubual oleh Aljazeera.net selepas beberapa jam dibebaskan dari penjara Nafhah selepas menghabiskan masa selama 15 tahun di penjara Israel itu. Beliau membantah dakwaan Israel bahawa pengasingan tersebut bertujuan untuk mengelakkan daripada percampuran antara tahanan dua pertubuhan itu selepas insiden di Ghaza. Beliau menegaskan bahawa tahanan tersebut sedar dan menolak pengasingan itu. Tidak dicatatkan sebarang perkelahian negative antara mereka.
Amru yang berasal daripada Bandar Al Khalil menjelaskan, penjara Israel mempunyai bilangan tahanan Palestin yang agak besar, kebanyakannya daripada Fatah dan Hamas. Mereka dibahagikan mengikut bahagian. Setiap bahagian mempunyai beberapa bilik dan dihuni oleh antara 4 hingga 20 penghuni.