
Jumaat, 06/07/07 –
Menteri Luar Britain, David Miland menyatakan kegembiraannya atas pembebasan
wartawannya Alan Johnston, wartawan BBC di Semenanjung Gaza pagi ini Rabu (04/07)
oleh Batalion Izzudin Al-Qassam.
Miland mengatakan, beliau sangat gembira dengan pembebasan Alan Johnston yang kini di bawah tanggungjawab duta Britain di Al-Quds, Richard Macbes. Beliau menambah, keutamaannya sekarang adalah menjamin Johnston dalam keadaan yang baik dan boleh bertemu dengan keluarganya yang tidak bertemu dengannya selama 114 hari.
Dalam kenyataan rasminya, Miland menegaskan, penangkapan Johnston menimbulkan
kegelisahan besar di seluruh dunia apatah lagi penahanan itu turut dikecam rakyat
Palestin.
Menteri Luar Britain ini menegaskan, Ismael Haniya, PM Palestin dan jurucakap Hamas
meminta agar Johnston dibebaskan. “Saya sangat memahami peranan yang dimainkan
Ismael Haniya dan jurucakap Hamas dalam pembebasan Johnston. Selain itu ribuan warga
Palestin di Semenanjung Gaza melakukan protes menuntut pembebasan Alan Johnston dan
mengembalikannya dalam keadaan sihat.” Tegas Miland.