Pembebasan Johnston Dirai.


Jumaat, 06/07/07 –
Kempen Perpaduan Palestin (PSC), di dalam sidang akhbar Rabu lalu, telah mengalu-alukan berita tentang pembebasan Alan Johnston selepas 114 hari ditahan.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada semua usaha yang telah diberikan, semua persatuan Palestin, termasuk Hamas, Kesatuan Wartawan di UK dan semua yang terlibat dalam pembebasan tersebut,” demikian kenyataan yang dikeluarkan.

Betty Hunter, Setiausaha PSC berkata “ Kami akan menyampaikan ucapan selamat maju jaya kepada Alan Johnston dan keluarganya selepas segala kesulitan dan pengalaman pahit yang dialami beliau.”
Akhir sekali, pihak PSC mengharap semoga dapat melihat “pembebasan ratusan pemimpin politik Palestin, termasuk ramai lagi ahli parlimen di penjara tahanan rejim Israel.”