Askar Rejim Zionis Ceroboh 3 masjid di Al-Khalil.


Jumaat, 06/07/07 –
Askar-askar rejim Rabu lalu memecah masuk dan membuat kekacauan di dalam 3 buah masjid di Bandar Al-Khalil dengan alasan mencari senjata. Mereka turut menculik tiga orang tentera Palestin di perkampungan Dura, Yatta dan Edhna di Barat Al-Khalil. Terdahulu, mereka telah menembak kearah pertubuhan kebajikan untuk orang pekak dan cacat di daerah yang sama.

Mengulas keganasan rejim, Briged Al-Qassam yang juga sayap bersenjata pergerakan Hamas mengatakan bahawa pejuang-pejuangnya telah melepaskan lima tembakan bom mortar kearah pasukan khas rejim di timur Beit Hanun. Briged itu memberi amaran kepada askar rejim bahawa mereka sebenarnya menempah sesuatu yang menyakitkan kerana Al-Qassam akan menyerang kawasan yang tidak pernah disangka-sangka sekiranya askar-askar rejim masih terus mengganggu rakyat Palestin.

Briged penentang kebangsaan iaitu sayap bersenjata DFLP juga telah melepaskan dua buah roket buatan tempatan ke arah Israel dan melepasa Kerem Shalom sebagai tindak balas terhadap keganasan rejim ke atas rakyat Palestin. Demikian menurut kenyataan sayap bersenjata berkenaan.