Olmert Lakukan Rombakan Pertama Dalam Kabinet.


Selasa, 10/07/07 –
Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert telah melakukan rombakan di dalam kerajaannya yang mana bekas menteri kehakiman, Hayem Ramon yang dituduh melakukan perbuatan salah laku baru-baru ini telah dikembalikan semula ke jawatan timbalan perdana menteri.

Ramon yang merupakan rakan rapat kepada Olmert menggantikan tempat Shemon Perez dahulu yang mana Perez telah dipilih oleh parlimen pada 13 Jun lalu sebagai Presiden Israel. Tugasnya akan berkuatkuasa pada 15 Julai ini.

Dalam rombakan yang baru yang dikira pertama berlaku seperti itu sejak kerajaan Olmert dibentuk pada Mei 2006 lalu, beliau melantik menteri dalam negeri, Roni Bar Aun sebagai menteri kewangan berikutan jawatan tersebut kosong setelah Abraham Hershemon meletak jawatan kerana disyaki terlibat dalam isu rasuah. Menteri perumahan Maer Shitrit, menerajui kementerian dalam negeri.

Persetujuan rombakan baru itu telah dicapai sebulat suara oleh menteri kabinet yang mana ia menunggu untuk mendapat kelulusan daripada Knesset.