Fatah Dan Ikhwanul Muslimin Tolak Kenyataan Zawahiri Berhubung Isu Palestin.


Selasa, 10/07/07 –

Pertubuhan Fatah serta Ikhwan Muslimin di Mesir menyanggah kenyataan orang nombor dua pergerakan Al Qaeda, Aiman Zawahiri yang menuduh Fatah sebagai khianat dan Ikhwan sebagai berlebih-lebihan dalam isu Palestin.

Anggota suruhanjaya pertubuhan tertinggi Fatah, Hatim Abdul Qadir berkata kepada Aljazeera bahawa beliau menolak campurtangan di dalam isu Palestin serta Fatah. Tambahnya, “itu adalah kata-kata yang tidak boleh diterima. Pertubuhan Fatah berdasarkan perjuangan. Beribu-ribu para shuhada’ mati. Mereka berperang sebelum Zawahiri wujud”.

Abdul Qadir menegaskan bahawa ucapan itu menyebabkan kepincangan yang besar kepada isu Palestin. Beliau menegaskan bahawa rakyat Palestin lebih mengetahui cara-cara untuk medapatkan balik hak mereka. Beliau mempersoal, “apa yang Zawahiri lakukan terhadap isu Palestin?” sambil menganggap beliau adalah bukan salah seorang anggota Al Qaeda.

Zawahiri mengecam pemimpin-pemimpin pertubuhan Hamas dalam satu rakaman bergambar di internet dengan mengatakan bahawa mereka mengenepikan syariat dan merelakan demokrasi. Sementara itu, beliau juga menuduh Fatah sebagai pengkhianat dan Ikhwan Muslimin di Mesir sebagai menerima pelan damai Arab