Israel Akan Berperang Dengan Syria ?


Selasa, 10/07/07 –Akhbar Los Angeles Times menyentuh tentang mungkin tercetus peperangan musim panas antara Israel dan Syria, namun ia menyatakan bahawa tindakan Damsyik memperkukuhkan senjatanya adalah membimbangkan.

Akhbar itu berkata, apa yang menyelubungi fikiran Washington sekarang ini adalah usaha mencari cara diplomasi berkesan yang mana ia mungkin akan berjaya kerana hubungan Syria dengan Iran sangat rapat. Namun, Amerika Syarikat serta sekutu-sekutunya mungkin lebih suka mengelakkan peperangan antara Syria dan Israel.

Akhbar itu juga menambah, apa yang menyemarakkan lagi api kebimbangan peperangan adalah penambahan kapal-kapal perang yang canggih buatan Rusia oleh Syria. Begitu juga dengan pembelian lima pesawat penggempur canggih jenis MIG-31 kira-kira lima billion dolar.

Ia juga berkata bahawa isyarat yang lebih buruk lagi adalah Syria ada menyatakan bahawa sekiranya Israel terus menghidupkan semula pelan damai berhubung tanah tinggi Bukit Golan, maka peperangan bagi menuntut balik bukit tersebut mungkin menjadi satu-satunya pilihan.

Dalam pada itu, pentadbiran Bush telah membantah perjanjian damai Syria-Israel kerana ia menganggapnya sebagai provokasi kepada kempennya untuk memulaukan serta menghukum Syria.