70 Warga Afrika Ditahan Mesir Ketika Menyelinap Masuk Israel.


Selasa, 10/07/07 –Polis Mesir telah menahan 40 warga Afrika – kabanyakannya rakyat Sudan – yang cuba untuk meloloskan diri dari Semenanjung Sinai ke Israel. Demikian menurut sumber keselamatan Mesir Jumaat lalu.

Sumber tersebut menyatakan bahawa 37 orang, iaitu 28 warga Sudan, empat warga Mongolia dan lima warga Erithia telah ditahan malam Jumaat lalu di jambatan Al Salam yang merentangi Terusan Swiss dan menghubungkan delta Sungai Nil dengan Semenanjung Sinai.

Sumber tersebut menambah lagi bahawa mereka yang ditahan itu menaiki bas yang menghala ke Rafah untuk menyelinap masuk ke Israel dengan bantuan beberapa orang Badwi dari penduduk Sinai.

Tiga rakyat Sudan lain juga ditangkap pagi Jumaat lalu ketika cuba menyelinap masuk ke Israel dari kawasan sempadan yang terletak di selatan dari Rafah, utara Sinai.