Mesir Dan Jordan Wakil Liga Arab Berunding Dengan Israel.


Selasa, 10/07/07 –
Dua Menteri Luar Mesir dan Jordan, Ahmad Abu Al Ghaiz dan Abdul Ilah Al Khatib melawat Israel Khamis depan bagi mengadakan rundingan dengan Perdana Menteri, Ehud Olmert, Menteri Luar Tsippi Levni serta Menteri Pertahanan Ehud Barak.

Jurucakap kementerian luar Israel, Mark Rigif berkata bahawa dua menteri tersebut mewakili delegasi Liga Arab bagi membincangkan pelan damai yang diputuskan di persidangan Riyadh penghujung Mac lalu. Beliau berkata dalam satu kenyataan yang dipetik oleh agensi Asushitad Press bahawa ia adalah keli pertama Liga Arab menghantar wakil ke Israel.

Rigif berkata, perbincangan tersebut akan memfokuskan kepada hubungan dengan kerajaan sementara Palestin serta hubungannya dengan usaha untuk mencapai persetujuan menyeluruh di Timur Tengah. Beliau menjelaskan, delegasi Liga Arab akan membincangkan bagaimana cadangan pelan damai Arab dapat merapatkan jurang antara rakyat Palestin dan Israel.

Dikatakan bahawa Mesir dan Jordan adalah dua buah negara yang mempunyai hubungan diplomatic menyeluruh dengan Israel bagi menggerakkan pelan damai.