250 Tahanan Fatah Akan Dibebaskan Israel.


Selasa, 10/07/07 –
Kerajaan Israel telah memutuskan untuk membebaskan 250 tahanan penjara rakyat Palestin yang terdiri daripada pertubuhan Fatah, dalam usaha yang dikatakan oleh Perdana Menteri Ehud Olmert sebagai “langkah berniat baik” terhadap Presiden Palestin, Mahmoud Abbas bagi memperkukuhkan kedudukannya berikutan pertubuhan Hamas berjaya menguasai semenanjung Ghaza.

Jurucakap kerajaan, Miri Isin berkata, mereka yang dibebaskan itu mesti di kalangan anggota Fatah, bukan dari kalangan yang melakukan serangan terhadap Israel, juga “dari mereka yang dapat memperkukuhkan barisan mereka yang bersederhana di kalangan rakyat Palestin”.

Senarai akan diedarkan selepas dipersetujui, namun pembebasan tersebut tidak akan dilaksanakan melainkan selepas 48 jam sekurang-kurangnya bagi memberi ruang sebarang rayuan kepada Mahkamah Tinggi. Sementara itu, seorang pegawai tinggi yang tidak mahu identitinya didedahkan telah mengumumkan mengenai persetujuan asas antara Olmert dan Presiden Palestin untuk bermesyuarat pada minggu depan pada tarikh yang tidak ditetapkan lagi.