Fayyad Bertemu Pegawai Israel.


Selasa, 10/07/07 –
Sumber pejabat perdana menteri kerajaan sementara Palestin, Salam Fayyadh berkata, beliau akan bertemu beberapa pegawai tertinggi Israel hari ini bagi membincangkan pengurangan urusan penutupan ke atas tanah Palestin serta membebaskan tahanan Palestin.

Sumber tersebut berkata, Fayyadh akan meminta pegawai tersebut, antaranya Ketua Keselamatan Dalam Negeri (Shin Beit), Yuqal Diskin untuk menghapuskan beratus-ratus kubu tentera Israel di Tebing Barat serta membuka semua laluan masuk sempadan di Ghaza, termasuk pintu masuk Rafah dan Karni.

Fayyadh juga akan membincangkan mengenai cadangan bagi senarai 250 tahanan Palestin dari pertubuhan Fatah yang dipersetujui oleh kerajaan Israel untuk dibebaskan. Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert telah mengumumkan bahawa beliau tidak akan membebaskan “mereka yang terlibat dengan serangan membunuh orang Israel”. Mereka ini dilabelkan oleh Tel Aviv sebagai “tangan-tangan yang dipenuhi dengan darah”.