Barak Digesa Diiktiraf Sebagai Penjenayah Perang.


Selasa, 10/07/07 –Keluarga shuhada rakyat Palestin di wilayah yang dijajah Israel pada tahun 1948 menggesa supaya Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak dibicara di mahkamah antarabangsa kerana melakukan jenayah kemanusiaan.

Suruhanjaya keluarga shuhada di wilayah dijajah Israel mendakwa Barak sebagai bertanggungjawab terus terhadap kematian 13 anak-anak mereka pada Oktober 2000 ketika beliau menjadi Perdana Menteri di Israel.

Sekumpulan keluarga shuhada di Bandar Al Nasirah telah menunjuk perasaan petang semalam sebagai membantah lawatan yang dilakukan oleh Barak ke bandar itu dan bertemu dengan beberapa aktivis dalam parti buruhnya. Polis Israel telah menangkap tiga penunjuk perasaan ketika mencuba untuk menghalang perjumpaan itu.