Mogok Lapar Peringkat Kedua Di Sempada Rafah.


Selasa, 10/07/07 –
Penduduk Palestin yang terkandas di Mesir berhampiran terminal sempadan Rafah pada Ahad lalu telah mengisytiharkan untuk menandatangani peringkat kedua mogok lapar mereka yang bermula dua hari lalu, dan hanya akan minum air dan makan garam sahaja.

Penduduk yang terkandas itu dalam satu kenyataan telah berkata langkah itu dilakukan berikutan kemerosotan tahap perikemanusiaan dan keadaan psikologi mereka setelah terperangkap di sempadan lebih daripada empat minggu.

Mereka ditanya oleh pihak media bagi menerangkan isu mereka dan untuk mengetahui tentang keadaan harian mereka.Lebih daripada 6,000 rakyat Palestin terperangkap di sempadan dalam keadaan hidup yang tragis, sejumlah daripada mereka mati sementara ratusan yang lain menderita setelah kembali dari mendapatkan rawatan perubatan namun tidak boleh pulang ke rumah-rumah mereka di Gaza.

Askar-askar rejim Zionis menutup terminal Rafah sejak 26 Jun tahun lepas setelah berlaku penculikan seorang anggota tentera rejim Zionis di Gaza dan operasinya hanya dibenarkan pada waktu rehat berasingan tetapi sejak 9 Jun tahun ini, askar-askar IOF menutup sepenuhnya terminal ini setelah Hamas mengambil alih kawalan keselamatan di Gaza.