Abbas Terima Pembubaran Kerajaan Fayyadh.


Khamis, 19/07/07 –

Perdana Menteri kerajaan sementara Palestin, Salam Fayyadh mengemukakan perletakan jawatan hari ini kepada Presiden Mahmoud Abbas yang mahukan beliau membentuk semula kerajaan yang baru.

Menteri Hal Ehwal Kemasyarakatan, Mahmoud Habbash berkata, Abbas meminta Fayyadh supaya kerajaan sekarang terus bertugas.

Mengikut undang-undang asasi Palestin, kerajaan sementara tidak boleh dilanjutkan lebih dari sebulan kecuali mendapat persetujuan daripada parlimen yang lumpuh sekarang ini. Tempoh sebulan akan tamat menjelang petang ini.

Sebelum kerajaan mengemukakan perletakan jawatannya, Abbas telah mengeluarkan ordinan yang mengarahkan perlantikan tiga menteri baru yang telah mengangkat sumpan di hadapannya dan di hadapan Fayyadh di ibu pejabat presiden di Ramallah.

Kerajaan Fayyadh ditubuhkan berikutan Abbas membubarkan kerajaan perpaduan kebangsaan yang diketuai oleh Ismail Haniyeh pada 14 Jun lalu. Haniyeh yang masih menganggap dirinya sebagai perdana menteri berkata dalam khutbah Jumaat di salah sebuah masjid di Ghaza bahawa Presiden Abbas tidak mencuba untuk mendapatkan persetujuan daripada parlimen.