Khamis, 19/07/07 –Salam Fayyadh akan menerajui kerajaan Palestin bagi memulakan tugas yang terbentuk daripada menteri-menteri kerajaan sementara yang mana beliau menerajuinya dalam tempoh sepanjang bulan ini. Tempoh kuat kuasa telah tamat pada pertengahan malam semalam.
Dengan berakhirnya keadaan darurat yang diumumkan oleh Presiden Palestin, Mahmoud Abbas pada pertengahan bulan lalu berikutan Hamas telah menguasai Ghaza, Fayyadh telah mengemukakan pembubaran kerajaan sementara.
Mengikut undang-undang asasi Palestin, keadaan darurat tidak boleh dilajutkan lebih dari sebulan melainkan mendapat persetujuan daripada parlimen yang dibubarkan sekarangn ini setelah ahli parlimen Hamas telah melakukan pemulauan.
Presiden Palestin itu telah kembali memberi mandat kepada Fayyadh yang dahulunya menteri kewangan dalam kerajaan perpaduan kebangsaan yang diterajui oleh Hamas dengan membentuk kerajaan baru bagi memulakan tugas mereka