
Khamis, 19/07/07 –
Shemon Perez telah mengangkat sumpah di perhimpunan Knesset untuk memegang jawatan presiden Israel salama tujuh tahun yang mana tempoh tersebut tidak boleh diperbaharui. Perez (83 tahun) menggantikan Mosheh Kitsaf yang meletak jawatan pada bulan lepas setelah mengaku disabitkan dengan kes rogol dan gangguan seks di mahkamah.
Dalam ucapannya di Knesset, Perez berjanji untuk berusaha ke arah perjanjian damai di Timur Tengah dengan berkata, “sekiranya peluang untuk berdamai ada maka tidak patut ia dipersiakan.â€
Tambahnya, “Presiden berhak menyuarakan pendapat demi mencapai kedamaian antara kita serta bersama jiran-jiran, juga di rantau itu umumnyaâ€. Beliau juga menyarankan semula agar menukar lembah Jordan kepada “lembah perdamaian†yang telah dimajukan dengan kerjasama Jordan dan Palestin.
Beliau menyatakan bahawa “Israel perlu mengalu-alukan Yahudi yang bukan Israel serta Israel bukan Yahudiâ€, sambil menegaskan tentang perlunya memberikan peluang sama rata “kepada semua golongan rakyat tanpa mengambil kira perbezaan agama, masyarakat atau warganegara.â€
Jawatan presiden dikatakan sebagai jawatan tertinggi di Israel yang mana kuasa presiden terbatas kepada pemberian mandate kepada sesiapa yang menjawat perdana menteri dalam keputusan pilihanraya atau selepas kerajaan dibubarkan. Presiden juga boleh mengampuni tahanan penjara dengan persetujuan menteru kehakiman.