
Khamis, 19/07/07 –Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert enggan berjanji kepada Presiden Palestin, Mahmoud Abas ketika pertemuan mereka berdua hari ini di Baitul Maqdis untuk menghentikan operasi ketenteraan di dalam kawasan Bandar Palestin bagi memburu pejuang yang dikehendaki.
Abbas dijangka akan mengemukakan kepada Olmert senarai yang ditandatangani oleh pejuang-pejuang Palestin yang mana Tel Aviv telah berjanji untuk berhenti memburu mereka berikutan kesetujuan mereka untuk menghentikan serangan terhadap Israel.
Dalam pada itu, Olmert berjanji untuk mempercepatkan pembebasan 250 orang tahanan Palestin. Jurucakap perdana menteri Israel berkata, Olmert akan mengemukakan senarai nama tahanan-tahanan Palestin kepada suruhanjaya kabinet yang akan bersidang Selasa ini. Sekiranya suruhanjaya tersebut memberi kelulusan, pembebasan tahanan Palestin akan bermula pada hari Jumaat ini.
Sumber terdekat Olmert berkata, 85 tahanan adalah terdiri daripada pertubuhan Fatah, sementara yang selebihnya dari dua pertubuhan, iaitu Pertubuhan Rakyat dan Pertubuhan Demokrasi Pembebasan Palestin.
Ketua Rundingan Fatah, Saib Arekat berkata, Olmert dan Abbas telah berbincang mengenai keadaan di Ghaza berikutan Hamas telah menguasai semenanjung itu pada pertengahan bulan lalu berikutan pertempuran berdarah telah berlaku dengan pengikut Fatah.