
Khamis, 19/07/07 –
Beberapa pemimpin Briged Shuhada’ Al Aqsa dan Briged Audah Fatah telah menyerahkan senjata mereka kepada pegawai pasukan keselamatan di Bandar Nablus, di Tebing Barat.
Ia sebagai mematuhi keputusan Presiden Palestin yang menggesa supaya briged serta kumpulan militant bersenjata dibubarkan. Seramai 189 pejuang Palestin yang kebanyakannya dari Briged Aqsa bersetuju untuk menghentikan aktiviti ketenteraan mereka terhadap Israel di Tebing Barat supaya memadamkan nama mereka dari senarai rakyat Palestin yang dikehendaki Israel.
Ketua Briged Shuhada’ Al Aqsa di Jenin, Zakaria Zubaidi berkata, pejuang briged telah berjanji kepada Abbas untuk melucutkan senjata mereka serta menghentikan serangan terhadap Israel “bagi memberi peluang kepada pemimpin Palestin untuk berunding dengan serius dengan Israel.
Zubaidi yang namanya tercatat di dalam senarai Israel menjelaskan bahawa perjanjian tersebut telah dilaksanakan untuk Presiden Palestin, dan bukan ada kaitannya dengan Israel. Katanya, perjanjian itu merupakan sokongan kepada kerajaan Salam Fayadh bagi memberi peluang untuk mrnjamin keamanan dan menamatkan kekacauan di jalanan.