Abbas dan Olmert Bertemu di Baitul Maqdis.


Khamis, 19/07/07 –
Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert akan melangsungkan mesyuarat di Baitul Maqdis Barat hari ini. Mereka dijangka akan membincangkan tindakan-tindakan Israel antaranya mengurangkan syarat terhadap pertubuhan Palestin di Tebing Barat serta menghentikan pemburuan berpuluh-puluh pejuang dari Fatah.

Ketua Rundingan Fatah, Saeb Arekat berkata bahawa pertemuan Presiden Palestin dengan Perdana Menteri Israel akan tertumpu juga kepada mengkaji perlaksanaan pemetaan jalan serta pelan damai Liga Arab.

Arekat berkata kepada Aljazeera bahawa kerajaan Palestin berusaha mengekalkan gencatan senjata dengan Israel sehingga dapat membuka pintu rundingan yang akan menamatkan penjajahan.