
Khamis, 19/07/07 –
Berpuluh-puluh anggota briged Al Aqsa mula menandatangani perjanjian bertulis untuk tidak melakukan serangan yang mana sebahagiannya telah menyerahkan senjata mereka. Munif Rimawi, salah seorang pemimpin briged tersebut berkata setelah menurunkan tandatangan bersama berpuluh-puluh rakannya di Bandar Ramallah, Tebing Barat bahawa beliau mahu “hidup dalam keadaan aman tanpa pembunuhan dan penangkapan oleh Israelâ€.
Menurut pegawai keselamatan Palestin, perjanjian tersebut melarang pejuang-pejuang meninggalkan kawasan-kawasan yang terletak di Tebing Barat dan dan dikuasai oleh Presiden Palestin dari segi keselamatan dan pentadbiran.
Dalam pada itu, Perdana Menteri kerajaan sementara, Salam Fayyadh meneruskan mesyuaratnya untuk membentuk kerajaan bagi membentangkannya kepada parlimen. Sementara itu, pertubuhan Fatah serta beberapa ahli parlimen memboikot kerajaan gantian itu, jalan ketiga dan tindakan kerajaan baru itu.
Sementara itu, Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh berkata bahawa beliau tidak kesal kerana pertubuhan Hamas berjaya menguasai semenanjung Ghaza. Dalam satu temubual dengan Reuters, beliau menegaskan, tidak ada larangan untuk melakukan sebarang rundingan tanpa syarat dengan Abbas sambil menegaskan bahawa Hamas berusaha untuk mencapai penyelesaian menyeluruh bagi konflik tersebut.
Haniyeh telah menawarkan perjanjian gencatan senjata dengan Israel di samping “perjanjian jangka panjang†sekiranya Israel memenuhi tuntutan Palestin.
One reply on “Brigade Al-Aqsa Turunkan Tandatangan Janji Tidak Lancarkan Serangan.”
This is great! It really shows me where to expand my blog. I think that sometime in the future I might try to write a book to go along with my blog, but we will see…Good post with useful tips and ideas