
Khamis, 19/07/07 –
Kementerian Luar Israel mengumumkan bahawa pelan damai antara Damsyik dan Tel Aviv terhenti. Ia berlaku sebaik sahaja Israel mendapat respon secara rasmi terhadap Presiden Syria, Basyar Al Asad pada awal tempoh pemerintahan keduanya yang mana beliau mensyaratkan terlebih dahulu supaya Israel memberi jaminan akan berundur dari Bukit Golan yang dijajah bagi menyambung semula rundingan.
Jurucakap kementerian luar Israel, Mark Rigif berkata, Syria “adalah satu-satunya negara Arab yang mempunyai rakan kongsi yang strategik dengan Iran dan telah mengadakan hubungan kerjasama dengan kumpulan pelampau seperti Hamas, Hizbullah dan Jihad Islamâ€. Jurucakap tersebut berkata, amat sukar “untuk menjadikan pemimpin Syria itu sebagai rakan kongsi bagi pelan damaiâ€.
Presiden Al Asad pernah berkata di dalam ucapannya di parlimen Syria setelah mengangkat sumpah bahawa “apa yang diminta kepada Israel adalah mengeluarkan pengumuman rasmi, jelas dan tidak mengelirukan mengenai minat mereka terhadap pelan damai. Mereka juga harus memberi jaminan supaya memulangkan bukit tersebut sepenuhnya kerana kita tidak mahu rundingan yang kita sendiri tidak tahu tujuannyaâ€.
Tambahnya, rundinagn ini mesti ditulis sepertimana yang dilakukan oleh mendiang bekas perdana menteri, Yitzak Rabin iaitu dinamakan dengan janji Rabin.