Israel Tolak Rundingan Sempadan.


Khamis, 19/07/07 –
Israel menolak kemungkinan rundingan boleh diadakan “pada peringkat ini” berhubung sempadan Negara Palestin yang akan datang dalam tindakan Presiden Bush menghidupkan semula pelan damai.

Jurucakap Perdana Menteri, Ehud Olmert berkata bahawa Israel telah menjelaskan terang-terangan bahawa ia berminat untuk berunding mengenai “dasar politik’ serta cara untuk mencapai penyelesaian yang berasaskan dua buah negara untuk dua kerakyatan.

Tambahnya, “namun, kami katakan dengan terus terang bahawa kami tidak berminat untuk membincangkan tentang tiga isu, iaitu sempadan, pelarian dan Baitul Maqdis pada peringkat ini”.

Pendirian Israel ini dikeluarkan sehari selepas Presiden Amerika mengesahkan bahawa rundingan tidak lama lagi membolehkannya membuka pintu untuk mendirikan negara Palestin dan mengadakan perjanjian yang menentukan sempadan negara itu. Kemudian barulah dibincangkan tajuk isu Baitul Maqdis dan pelarian.