Fayyad : Tiada Rundingan Dengan HAMAS !!


Isnin, 06/08/07 –
Kerajaan sementara Fayyadh berkata, Presiden Palestin tidak akan berunding dengan pertubuhan Hamas selagi tidak menamatkan “penguasaannya” terhadap semenanjung Ghaza.

Fayyadh berkata ketika mengakhiri perbincangannya dengan Perdana Menteri Jordan, Makruf Al Bakhith di Amman bahawa Hamas yang menguasai Ghaza secara bersendirian adalah “satu situasi yang pelik dan perlu ditamatkan”.

Sebelum bertolak dari Amman ke Kaherah, Fayyadh memuji lawatan dua menteri luar Jordan ke Mesir pada minggu lepas. Beliau berkata, usaha itu tidak patut terhenti di situ sahaja “malahan perlu terus dihebahkan bagi tujuan pelan damai Arab dengan menganggap ia menjadi asas yang baik untuk membincangkan pelan damai”.

Fayyadh menegaskan tentang kepentingan mesyuarat menteri-menteri suruhanjaya pelan damai Arab yang akan diadakan di Kaherah hari ini. Dalam pada itu, Menteri Penerangan kerajaan sementara, Riyadh Al Maliki berkata, Fayyadh akan menghadiri persidangan itu di Kaherah untuk mendengar suruhanjaya susulan yang ditubuhkan oleh Liga Arab pada Mac lalu di Riyadh.

Cadangan Liga Arab adalah melakukan proses neitralisasi menyeluruh terhadap perhubungan dengan Tel Aviv dan diganti dengan pengundurannya secara total dari semua wilayah yang dijajahnya pada tahun 1967, mendirikan Negara Palestin yang beribu Negara Palestin dan menyelesaikan isu pelarian.