Damsyik Kutuk Keputusan Washington.


Jumaat, 10/08/07 –
Syria melalui menteri luarnya, Walid Muallim mengutuk perjanjian senjata Amerika ke Israel dan menyifatkannya sebagai berbahaya. Namun, pada masa yang sama beliau mengumumkan kesediaannya untuk menyertai persidangan keamanan antarbangsa di Timur Tengah.

Muallim berkata dalam sidang media yang diadakan di lapangan terbang Damsyik dengan rakan sejawatnya dari Sepanyol, Migel Ankhel Muratinus dalam majlis penutup lawatan rasminya ke Damsyik bahawa keputusan Amerika menambah bantuan ketenteraan kepada Israel bertentangan dengan cadangan Presiden Amerika, George Bush untuk mengadakan persidangan antarabangsa bagi menyelesaikan konflik Timur Tengah.

Muallim mengkrtik keputusan Amerika dengan menjelaskan bahawa “sesiapa yang mahu mewujudkan keamanan, maka dia tidak patut memulakan dengan projek membekalkan senjata di Timur Tengah. Dan sesiapa yang mahu keadilan, maka dia tidak perlu berat sebelah serta memberatkan pihak satu lagi dalam proses damai ini.”

Kritikan Muallim itu sebagai membalas keputusan pentadbiran Amerika menambah bantuan ketenteraan kepada Israel sebanyak 25%, sambil berkata, keputusan sebegini membuktikan bahawa Amerika Syarikat masih lagi berpegang dengan dasar politik “menghuru harakan rantau Timur Tengah”.