Israel Rancang Bina Loji Nuklear di Padang Pasir Al-Naqab.


Jumaat, 10/08/07 –
Israel sedang mengkaji untuk membina loji nuclear untuk mengeluarkan tenaga elektrik di padang pasir Al Naqab.


Radio tentera Israel memetik dari Menteri Infrastruktur, Benjamin Ben Eliazir sebagi berkata, Israel tetap akan menghidupkan semula rancangan pembinaan loji nuclear di padang pasir Al Naqab dan bersedia untuk mengumumkan apa yang disifatkan sebagai keputusan bersejarah berhubung perkara ini.

Radio tersebut berkata, Perdana Menteri, Ehud Olmert menyokong rancangan pembinaan loji nuclear itu dan kerajaan akan mengkajinya dalam tempoh beberapa akan datang ini.

Tambah Ben Eliazir, kementeriannya serta pejabat Olmert telah menubuhkan satu pasukan kongsi bagi membina rancangan itu yang akan dibentangkan kepada kerajaan untuk diperbincangkan.

Radio tentera itu yang memetik kata-kata Ben Eliazir berkata, keputusan untuk membina loji nuclear lahir dari kebimbangan Israel berkaitan dengan penguncupan sumber tenaga asli di peringkat dunia serta kemusnahan alam sekitar.

Dalam konteks isu nuclear pula, pakar-pakar luar percaya Israel memiliki kira-kira 200 kepala peledak yang boleh diletakkan pada peluru berpandu jarak jauh. Namun, Israel enggan mengesahkan atau menafikan pemilikan senjata nuclear olehnya.

Israel, India dan Pakistan tidak menandatangani perjanjian menghadkan penggunaan senjata nuclear yang mula berkuatkuasa pada tahun 1970.