Assad dan Haniya Bincang Tentang Nasib Pelarian.


Selasa, 21/08/07 –Ismail Haneyya, Perdana Menteri Kerajaan Sementara Palestin, pada Ahad lalu mengunjungi Presiden Syria, Bashar Al-Assad untuk membantu dalam menyelesaikan masalah pelarian-pelarian Palestin yang melarikan diri dari penindasan di Iraq dan terperangkap di sempadan dengan Syria.

Haneyya mengirim mesej untuk Assad, di mana satu salinan telah diperolehi PIC, selaku presiden Syria yang mempunyai pendirian positif terhadap Palestin dan “usaha berterusan beliau dalam menyokong penduduk Palestin”.

Perdana Menteri Palestin kemudian mengharapkan Assad secara peribadi untuk campur tangan bagi menamatkan kondisi pelarian yang tragis dan membenarkan mereka tinggal di Syria, serta menjelaskan langkah seumpama itu akan menjadi satu pemangkin terhadap langkah-langkah presiden dalam menyokong Kesatuan Arab.

Beliau merayu secara peribadi kepada Assad berikutan isu melantik seorang utusan khas untuk membincangkan perkara tertentu atau apa sahaja yang dianggap sesuai.

“Saudara-saudara Palestin anda terkandas di sempadan menunggu keputusan anda” Haneyya simpulkan.