Ketua Badan Ulama Palestin Dipenjara Semula.


Jumaat, 07/09/07 –
Pihak berkuasa Israel menahan semula selama tiga bulan anggota parlimen Palestin serta ketua badan ulama Palestin, Sheikh Hamid Al Bitawi (64 tahun) yang berada di penjara Majdu, Israel.

Peguam Al Bitawi berkata, pihak berkuasa Israel telah menahan semula anak guamnya meskipun keadaan kesihatannya tidak mengizinkan yang mana beliau mengalami penyakit kencing manis yang mengakibatkan beberapa jari kakinya dipotong. Beliau juga mengalami darah tinggi yang mana beberapa hari yang lalu beliau pengsan dan terpaksa dikejarkan ke klinik penjara.

Keluarga Sheikh Albitawi menyatakan bahawa pihak berkuasa Israel bertanggungjawab penuh terhadapnya memandangkan keadaan kesihatannya yang meruncingkan. Albitawi telah ditahan pada 24 Mei lalu di rumahnya di Nablis