
Jumaat, 07/09/07 –
Akhbar Haertz Israel hari ini berkata, kira-kira 250 warga Israel menziarahi Iraq setiap tahun. Kebanyakan mereka adalah ahli perniagaan yang bekerjasama dengan syarikat penjualan senjata.
Akhbar tersebut menambah, angka itu diperolehi dari sistem penerbangan Jordan. Kebanyakan mereka mengambil jalan melalui ibu negara Jordan, Amman dan menggunakan sistem penerbangan udara Jordan. Sesetangah mereka mempunyai dua kerakyatan dan memasuki Iraq dengan passport bukan Israel.
Ia menjelaskan lagi bahawa pelawat-pelawat itu bukan pelancong. Tidak ada perjalanan tersusun oleh kumpulan rakyat Israel yang berasal dari Iraq untuk menziarahi negara asal mereka.
Dimaklumkan bahawa Iraq tidak mengadakan hubungan diplomasi dengan Israel.