
Jumaat, 07/09/07 –
Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert menafikan telah mencapai persepakatan perjanjian asas dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas berhubung penubuhan negara Palestin yang merdeka.
Olmert berkata di dalam sidang media selepas bertemu dengan Perdana Menteri Austria, Alfred Guzenbaer bahawa beliau meneruskan mesyuarat dengan Abbas, namun tidak pasti sama ada perjanjian dapat dicapai sebelum perisidangan antarabangsa yang dicadangkan oleh Amerika Syarikat diadakan pada November akan datang ini.
Olmert melahirkan harapannya agar mesyuarat dengan Abbas ini akan dapat melakukan pengumuman bersama dalam masa terdekat ini.
Kenyataan Olmert dikeluarkan setelah beberapa anggota parti Kadima yang dipimpinnya menggesa supaya membuat laporan lengkap berhubung perbincanngannya dengan Abbas sambil menegaskan bahawa perkara itu tidak akan dipersetujui.