
Selasa, 11/09/07 –
Meskipun Israel dan Amerika Syarikat terikat dengan hubungan keselamatan yang rapat, namun mereka bertelagah mengenai penjualan peralatan dan teknologi keselamatan oleh Israel kepada China serta negara-negara lain.
Pakar-pakar strategi Amerika berpendapat, penjualan kepada China tersebut mungkin akan memberi kesan kepada bantuan pertahanan Amerika kepada Taiwan apabila China menggunakan tentera bagi menggabungkan pulau itu kepada China.
Pada tahun 2000, Washington memujuk Israel supaya membatalkan perjanjian dengan China bagi penjualan sistem amaran awal Falcon melalui udara.
Baru-baru ini, kementerian pertahanan Amerika (Pentagon) menyuarakan kemarahannya setelah Israel bersetuju menjual pesawat yang tidak boleh dikesan oleh radar yang boleh terbang tanpa juruterbang kepada China pada era 90-an yang lalu.
Kajian Kongres Amerika melaporkan, Pentagon menggantung pemberian maklumat mengenai pesawat gempur (F35 Join Strike) buatan syarikat Lockhead Martin, menahan beberapa kontena senjata serta enggan berurusan dengan ketua pengurus kementerian pertahanan Israel yang dituduh oleh pegawai-pegawai dari Pentagon sebagai menggelapkan perjanjian pesawat gempur anti radar itu