Israel Tambahkan Eksport Senjata.


Selasa, 11/09/07 –
Pegawai di kementerian pertahanan Amerika (Pentagon) berkata, Israel telah mempeberbaiki penguasaan teknologi pertahanannya selepas ketegangan yang membimbangkan berlaku dengan Amerika Syarikat berhubung isu ini.

Pitt Makurmak yang memangku jawatan Ketua Keselamatan Teknologi Pertahanan Amerika menjelaskan Rabu lalu bahawa sistem pertahanan pembangunan teknologi Israel “menepati piawaian antarabangsa buat masa ini”.

Beliau juga menyatakan bahawa kerajaan Israel dahulunya tidak menguasai teknologi penggunaan ketenteraan dan perniagaan sehingga ia dapat menambah penguasaan ke atas sistem eksport.

Pegawai Amerika itu melahirkan kepercayaannya yang tinggi terhadap tahap penguasaan ke atas eksport yang dilakukan oleh menteri-menteri pertahanan, luar dan perindustrian di Israel sekarang ini. Beliau juga mengalu-alukan undang-undang baru yang mengenakan hukuman berat terhadap perlanggaran undang-undang itu.

Makurmak juga berlembut hati terhadap Israel yang meminta supaya membantu syarikat tempatan yang perlu menjual 75% pengeluarannya di luar bagi mengelakkan daripada kerugian, iaitu jumlah paling tertinggi yang dialami oleh syarikat persenjataan Amerika.