
Selasa, 11/09/07 –
Jurucakap Rumah Putih, Tony Fratoo enggan mengulas tuduhan Syria bahawa Israel telah mengebom wilayahnya. Tentera Israel juga enggan mengulas berita tersebut. Jurucakap tentera Israel berkata di dalam satu kenyataan, “bukan kebiasaan kami menjawab balik laporan tersebutâ€.
Perdana Menteri serta kementerian luar Israel juga enggan mengeluarkan sebarang komen. Ia berikutan radio Israel memetik dari sumber tentera sebagai berkata, pihak tentera menafikan sebarang pencerobohan pesawat perang di ruang udara Syria.
Ketua pejabat Aljazeera di Baitul Maqdis, Walid Al Umari berkata, tidak ada sebarang penafian telus daripada Israel apa yang telah berlaku. Keadaan ini mungkin akan berubah dalam beberapa jam akan datang.
Beliau menyatakan bahawa ada petanda daripada beberapa sumber, terutama sama ada ia adalah pesawat gempur atau pesawat peninjau.
Namun. Syria mengesahkan telah mempertahankan ruang udaranya daripada pesawat gempur Israel yang telah mencerobih ruang udaranya dan memaksanya supaya berdedar. Menteri Penerangan Syria, Muhsin Bilal berkata kepada Aljazeera bahawa Damsyik mempunyai semua dokumen dan bukti mengenai kesahihan “rancangan jahat ituâ€.